Kisah Shaklee ku

Hai hai haiiii

Jadi saya telah buat keputusan yang agak penting (bagi saya) hari ini. Saya ingin jadikan Shaklee sebagai sebahagian daripada isi blog saya. Saya ingin berkongsi info dan kisah di sebalik Shaklee dan keluarga saya. Bagaimana ia menyentuh diri saya. Lagipun Shaklee sudahpun menjadi 25% daripada hidup saya, dan hampir 15% daripada pendapatan bulanan saya. Alhamdulillah…

Moga bermanfaat buat semua pembaca 🙂

Bagaimana terjebak?
Sebetulnya saya dah maklum mengenai bisnes Shaklee ni sejak 2 tahun lepas. Beberapa rakan sekerja dah join. Ada yang berhenti separuh jalan. Ada yang berhenti kerja sebab nak buat bisnes ini sepenuh masa. Disebabkan lebih ramai berhenti separuh jalan daripada yang konsisten maka saya kurang berminat nak join. Tiada contoh terdekat. Lagipun saya tak gemar makan suplemen hehe. Alasan biasa.

Jan 2013
Kaklong saya, Aishah join bisnes ini dibawah Kak Puteri. Saya cuma ‘jeling’ dari kejauhan. Nak tengok sampai mana kaklong bertahan. Bulan berikutnya saya sudahpun menetap di Ashgabat, ikut suami yang kerja disana. Melalui fb saya lihat promo kaklong beserta kenaikan rank beliau bulan demi bulan. Makin ramai mutual friends kami (satu alumni sekolah) yang terjebak di bawah beliau. Saya jadi tak senang duduk sebab rasa berkobar-kobar nak join.

Ogos 2013
Pulang Malaysia untuk cuti berhari raya ‘akhirnya’ saya serah diri jadi ahli dengan alasan nak mula pakai kolagen LOL. Dapat keahlian percuma dengan pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder! Sempat coaching dengan kaklong.

Cabaran awal yang paling saya tak boleh lupakan adalah apabila satu kotak produk Shaklee yang kami bawa pulang ke Ashgabat telah hilang ketika transit di Dubai! Masa tu nak nangis rasa. Sebab di dalam tu bekalan suplemen untuk kami hingga bulan Disember! Setelah laporan dibuat di pejabat Emirates, kami menunggu kotak tersebut masih tidak dijumpai. Saya redha jika itu bukan rezeki saya. Kami pulang ke Ashgabat tanpa satu pun produk Shaklee!! Tapi saya tetap teruskan berpromo di fb menggunakan apa jua info dan knowledge sedia ada! Dua hari kemudian, jam 5pg suami dapat panggilan dari Emirates mengatakan kotak tersebut telahpun dijumpai dan akan diterbangkan secepat mungkin!!!! Alhamdulillah!!

Maka bermulalah perjalanan saya bersama Shaklee di bumi Ashgabat… :):):)

Banyak cabaran dan tips penting yang ingin saya kongsi hasil pengalaman yg saya kutip disana. Bak kata kawan-kawan saya, ‘negara pelik tapi benar’ hhaaha. Bakal saya ceritakan di entri seterusnya!!

Stay tuned and enjoy your stay!

❤️❤️

Kausar Mohd Amin
SID 970655
0122635678 (sms/whatsapp)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.