Alkisah teacher & kolagen

Minggu lepas berlangsungnya majlis Hari Guru peringkat taska ‘Aaqil hihi. Ala kecil-kecilan untuk raikan teachers dan anak-anak. Dapat surat tu tertera mintak dipakaikan anak-anak pakaian yang presentable sedikit dan juga kalau boleh sediakan hadiah untuk teachers anak. Wah, hadiah! Pertama kali nak bagi hadiah hari guru untuk guru kepada anak jadi rasa teruja lebih sedikit.

20140520-125038-46238961.jpg

Dalam kepala memang terbayang shawl je. Jadi sehari sebelum kejadian tu lepas lunch, singgah kat Ampang Park dan jumpa shawl yang cantik dan selesa. Harga pun murah. Beli 2 helai sebab teacher untuk toddler ada 2 orang, Teacher Nisa dan Teacher Qina. Kemudian beli paperbag dan kad kecil di Memory Lane. Balik rumah malam tu pek kan siap-siap hadiah, dah siap tulis atas kad saya didatangi satu idea!! Apakata saya tambahkan se-sachet Shaklee Collagen Powder ke dalam set hadiah ni. Mesti teachers suka! Mujur ada sekotak Collagen yang baru dibuka…hihi memang rezeki teachers ‘Aaqil betul ;p

20140520-122241-44561357.jpg

Esoknya, 16 Mei Jumaat, abah bagitau ‘Aaqil yang beri sendiri hadiah kat teachers masa sampai di taska. Sempat saya ber-whatsapp dengan teacher Nisa ucapkan selamat hari guru dan berterima kasih kerana menjaga ‘Aaqil dengan penuh sabar. Tapi, saya terlupa nak beri cara pemakanan suplemen seperti yang biasa saya beri kpd pelanggan saya! Saya tangguh punya tangguh hingga Ahad malam, saya whatsapp teacher dan bagitau cara makan kolagen gitu gini gitu….

20140520-122241-44561418.jpg

Sekaliiii teacher reply balik bagitau yang dia makan serbuk kolagen tu begitu sahaja tanpa dibancuh dsbg! Siap tanya lagi berapa harga sebab kalau saya jual dia nak beli lagi. Haha tergelak besar saya. Maklumlah saya sendiri bermasalah nak telan kolagen walaupun setelah dibancuh dengan air oren ;p Rasa yang tak berapa mesra di tekak saya. Tapi ramai je kawan saya yang takde masalah untuk minum secara natural. Kejadian teacher ni memang terbukti ia boleh je ditelan macam tu je. walaupun seeloknya dibancuh bersama AIR MASAK dan DIMINUM ketika perut kosong untuk kesan optimum!!

Bercerita mengenai cara pemakanan kolagen Shaklee atau pun produk Shaklee yang lain, amat penting kita tahu cara yang betul agar ia benar-benar berkesan. Ini merupakan salah satu contoh. Dahulu saya ambil kolagen dengan membancuhkan serbuk tersebut bersama air oren, air milo. Lepas beberapa kotak dah habis, baru saya tau cara terbaik adalah hanya bancuhkan serbuk dengan air masak suhu bilik. Ok disini saya letakkan FAQ mengenai kolagen sementelah banyak jenama kolagen di pasaran kan,

S : kenapa kolagen Shaklee tidak berperisa? kan bagus kalau ada perisa strawberi, mangga, anggur, durian…..sedap sikit nak telan…
J : bila serbuk kolagen tu diproses nak dijadikan berperisa, maka ketulenannya akan ‘dicemari’…

S : kenapa kolagen mestilah dikekalkan ketulenannya?penting ke?jenama lain boleh je jadi sedap
J : agar saiz molekul kolagen kekal kecil ya…

S : kenapa kolagen seeloknya bermolekul kecil?
J : agar ia mudah menyerap kedalam lapisan kulit. rugilah telan kolagen kalau molekul tak dapat diserap.ye tak

Sekarang dah faham kan kenapa kena bancuh dan minum dengan air masak sahaja. Agar molekul kolagen tersebut kekal dan tidak dicemari oleh molekul milo dan molekul jus. Bila molekul kekal dgn saiz yang kecil, maka mudahlah kulit seta organ kita serap kolagen. Barulah nampak kesan yang kita nak.

Sebagai SID, saya sangat particular tentang cara pemakanan suplemen yg pelanggan saya beli kerana saya ingin mereka merasai kesan pada diri mereka barulah saya pun happy nak menjual. Ye tak? Perasaan best bila dapat menambah nilai dalam hidup orang lain 🙂

Jika anda nak glowing sebelum raya, boleh cuba ambil Shaklee Collagen Powder daripada sekarang. Topup kolagen anda now now now… hihi

Untuk tempahan Shaklee Collagen Powder anda secara terus, sila klik sini.

SID 970655
COD sekitar Shah Alam dan KLCC
Sms/Whatsapp : 0122635678

2 thoughts on “Alkisah teacher & kolagen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.