‘Aaqil’s Sports Day!

Kiranya sabtu lepas merupakan hari yang cukup bersejarah buat diriku yang bergelar ummi. Hehe. Sebab first time ni anak nak pegi hari sukan. Walaupun last minit baru teacher dia bagi surat, mujur hari tu takde plan apa-apa.

20140514-145319.jpg

Takdelah besar sangat eventnya. Buat pun dekat padang depan skool tu je. Kalau tak silap ada 3 kelas kesemuanya. Toddlers(2-3y.o), preschool 4-5 y.o dan preschool 5-6y.o. Kelas ‘Aaqil Cuma ada 6 ke 7 orang je.

Plan asalnya nak bawak adik lelakiku, Imran untuk teman. Tapi pagi-pagi tu takde siapa pulak yang bangun. So kami pergi berdua je. Walid dah pesan amik gambar dan video banyak2. Maklumlah hari bersejarah….hehhe. Lepas subuh tu terus mandi lepas tu kejut ‘Aaqil dan tukar baju dia. Oh ada peristiwa kelakar tentang kasut sukan ‘Aaqil. Lepas lunch hari Jumaat sehari sebelum hari sukan tu beli sepasang kasut sukan untuk dia. Malam tu kasi dia pakai sebab taknak la berperang berdrama pagi hari sukan tu kut la dia taknak pakai. Sekaliiiii dia suka sangat kasut tu sampai tidur pun nak pakai kasut tu haha. So sampai ke pagi tidur dengan kasut. Aduhai anakku. So masa nak tukar baju dia tu kena pujuk la suh tanggal kasut dulu haha..

20140514-145155.jpg
Dah siap-siap semua, kami pun bertolak. Alaa skool dia tak sampai 5 minit pun dari rumah kami hehe. Sampai tu parking area padang tu dah penuh la pulak. Jadi saya drop ‘Aaqil kat teacher Qina dia sebab semua student dah kena berhimpun. Apalagi, meraung si kenit tu macam tiap pagi nak hantar nursery kekdahnya adoi. Ummi jenguk je dari jauh sambil berjalan ke kereta nak cari parking.

20140514-145116.jpg
Pastu cari seat nak duduk. Usha ‘Aaqil dari jauh je. Tengok dia macam blur-blur lagi. Maklumlah, baru bangun pastu tak mandi hehee tetiba kena pegi tempat ramai orang, ummi lak hilang tiba-tiba. Mintak tolong teacher Nisa ambilkan gambar ‘Aaqil yang dah siap pakai cap 🙂

Tak sampai setengah jam lepas tu acara pun bermula. Mula dengan perbarisan anak-anak. Mengikut kelas masing-masing. Didahului oleh kelas TODDLERS…awwww… Masa tengok ‘Aaqil berarak, bergenang airmataku. Tak sangka macam tu perasaan sebak. My little miracle dah besar, dah boleh independent. Kejap sangat masa berlalu…

20140514-145139.jpg

Ok habis je berarak, ada sesi nyanyi lagu I Am MusLIM, Lagu Selangor, ikrar dari anak-anak, pastu ada lagu GUMMY BEARS dan KUNGFU PANDA(haa dua lagu ni diorang kena buat tarian sekali haha). The whole time ‘Aaqil berdiri tegak je tanpa perasaan hihiihi. In fact semua yg dalam kelas dia berdiri tegak je hiiihi

20140514-145217.jpg
Habis tu semua keluar baris dan diikuti dengan acara untuk TODDLERS. Ada dua acara. Awww lagi sekali airmata ummi bergenang. Sempatla rakam video. Tak percaya at his age and his manja-ness he can do such things independently. The whole time dia tak perasan pun ummi berdiri dekat je dgn dia. Punyalah seronok dia main. Bila dah keluar dari gelanggang main tu semua pegi kat mak ayah masing2 tapi anakku dok cari2 ummi tak jumpa alololo. Cakkkk ummi kat belakang rupanya. Baru nampak dia sengihhh…

Pastu ‘Aaqil minum vitagen, makan bihun, sementara tunggu hujan turun(jap) dan kelas lain main acara diorang…

20140514-145246.jpg

Habis dalam kul 10+ ada penyampaian hadiah. Semua dapat la takde pemenang takde pengalah. ‘Aaqil dapat hadiah aeroplaneeee…punyalah eksaited nak bukak hadiah time tu jugak pastu menjerit happy dpt aeroplane…

20140514-145334.jpg
Alhamdulillah…now countdown to his graduation pulak, perhaps akhir tahun ni? Hehe

Ummi loves you so much sayangggg❤️❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.