tentang selfie

Sejak saya kembali bekerja Januari yang lepas, rutin pagi saya adalah menghantar selfie-shot saya kepada suami. Haha bunyi seperti lucu tapi saya suka je. Daripada selfie tanpa tujuan lebih baik kita rasa bertanggungjawab untuk selfie. Macamtew. Huahua.
Nak dijadikan cerita suami sudah hampir seminggu disini atas urusan kerja dan bakal bercuti lagi seminggu sebelum pulang kembali ke Ashgabat. Disebabkan sudah tiada alasan untuk ber-selfie maka saya pun ajak suami untuk selfie berjemaah setiap pagi otw ke ofis. Ataupun kemana-mana yang pastinya dalam kereta je boleh selfie dengan tenang tanpa gangguan. Lalalala.selfie

Jangan tertipu dengan wajah ceria tersebut kerana sejam sebelum tu muka dua-dua tak semenggah melayan trafikjem dan menahan ngantuk ha ha.

Hari ni juga genap hari ke-8 saya bebas kanta lekap. Nanti ku ceritakan mengapa ku berglasses ke ofis ya.

Selamat berhujung minggu!