Isu harga produk Shaklee?

Saya nak berkongsi sedikit. Ada DUA perkara yang amat penting yang anda perlu tau sebagai pengguna atau bakal pengguna produk Shaklee,

Penyelarasan Harga

Beberapa bulan lepas Shaklee telah membuat penyelarasan harga Semenanjung(WM) dan Sabah/Sarawak(EM). Maksudnya? Kini pelanggan di Sabah dan Sarawak dapat menikmati pembelian harga produk Shaklee di harga 5% lebih murah dari harga sebelum ini!!

Penyelarasan ini adalah tanda Shaklee menghargai para pelanggannya. Bayangkan dengan kos sara hidup yang meningkat hampir 100% sejak 5 tahun yang lepas, harga produk Shaklee tetap sama. Malahan boleh pula diselaraskan kepada harga yang lebih murah! Sebab bagi saya boleh je Shaklee selaraskan tetapi harga di Semenanjung mengikut harga Sabah/Sarawak.  Tapi sebaliknya yang berlaku 🙂

Ini juga salah satu cara untuk Shaklee lebih meluaskan pasarannya di peringkat luar Semenanjung!!

shaklee

Perang Harga

Satu lagi isu yang sangat hangat diperkatakan adalah isu ini! Terdapat kes dimana pengedar menjual produk Shaklee(SID) di bawah harga ahli yang mengganggu reputasi Shaklee sendiri. Bermula 1 Apr lalu, Shaklee telah mengeluarkan arahan agar SID menjual produk Shaklee mengkiut harga pasaran yang ditetapkan. Harga ahli HANYA UNTUK AHLI SAHAJA. Tiada ‘harga antara’ atau tawar menawar dibenarkan. Jika anda bukan ahli Shaklee dan membeli produk Shaklee dari SID dengan harga lebih murah daripada harga pasaran, ini bermakna SID tersebut boleh dikenakan tindakan iaitu ditarik kembali keahliannya!

Penguatkuasaan ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada para ahli kerana ia memelihara keistimewaan menjadi ahli Shaklee. Malah, lebih ramai pengguna Shaklee yang AKHIRNYA mendaftar sebagai ahli Shaklee dan dapat menikmati harga ahli. Saya akan bercerita mengenai faedah menjadi ahli Shaklee dalam entri seterusnya J Sejak penguatkuasaan ini, lebih 10 orang rakan saya mendaftar sebagai ahli di bawah saya, alhamdulillah. Kebanyakan mereka merupakan pengguna setia Shaklee. Jika anda memang menggunakan produk ini secara konsisten memang sewajarnya anda mendaftar terus sebagai ahli. Cuma RM65 sahaja seumur hidup tak perlu perbaharui.

Moga semua SID dapat berniaga dengan berhemah demi mencari rezeki yang berkat.

Kepada pembaca yang memang pengguna setia produk Shaklee, jom lah mendaftar jadi ahli. Sangat berbaloi!

Kausar | SMS/whatsapp : 0122635678 | COD Shah Alam & KLCC