hari ke2 kami di sana adalah hari jumaat.dan weather forecast kata hujan sepanjang hari
pagi selepas breakfast di hotel, kami berjalan kaki ke arah blue mosque semula.
Hippodrome
bersebelahan masjid ada satu jalan panjang yg dinamakan Hippodrome yg agak terkenal dikalangan pelancong sbb di sepanjang jalan tu ada 3 structures yg mpunyai sejarah tersendiri.
macam tugu la ie the egyptian obelisk, the serpentine column dan the column of porphyrogenitus.jgn risau, sy tak ingat pun exact nama tugu ni sy salin dari buku insight guides tu.he he
nota : saya sarankan la kalau nak ke tmpt2 bsejarah ni bwk sekali buku insight ni esp kalau xde tour guide sbb serius blur okay kalau pi tgk org bkerumun pastu kau taktau knp diorg kerumun tp kau nak kerumun jugak sbb semuaorg buat.so buku tu boleh rujuk kalau perlu penerangan ttg tempat yg dilawati hihi
kemudian kami teruskan perjalanan ke stesyen tram, sultanahmet station.kami lalu taman bunga.malangnya masih di awal musim bunga jadi tulip tak blooming sgt…tapi sgt cantik la warna warni gitu hehe
harga tiket tram adalah TL3 per trip tak kiralah nak pergi dkt ke jauh ke dewasa ke kanak2 ke.sbb kami nak naik tram, jadi suami sarankan utk babywear saje ‘aaqil sbb susah nak gerak pakai stroller…
stesen yg kami tuju adalah beyazit dimana terletaknya the famous Grand Bazaar!
Grand Bazaar
elok sampai je sini, hujan turun.masa tu dlm kul 10am.bazar ni besar gila okay.macam jalan tar tapi 10x ganda lg besar dan berbumbung.masuk2 ada lorong, kiri kanan kedai2 pastu jalan tu bercabang dan bercabang dan bercabang.konfirm boleh sesat kalau tak tanya locals.kalau tak silap ada berpuluh2 exit dan beribu2 kedai dalam bazar ni.macam2 ada ie tudung, karpet, kedai makan, barang kemas, barang perhiasan, money changer, handbags, you name it!kedai mamak je takde, ok tak kelakar.
kami dtg memang bukan nak shopping so jalan2 je.tapi kebetulan suami nak cari jaket kulit maka terstuck kat situ sampai la nak dkt solat jumaat.alhamdulillah ada satu masjid betul2 sebelah bazar ie Nurusmaniye mosque.suami solat, me&’aaqil lepak cafe berdekatan…kat sini,
lepastu sambung shopping(eh pulak?).kami shopping souvenir lah.we bought table runner & cushion covers for family back home.tapiiiii kami beli dari kedai luar bazar sbb dah selalu baca tips traveller yg barang kat dalam GB ni mahal!antara tips berguna,
1.jangan tawar menawar kemudian tak beli.mmg kepantangan mereka
2. kalau mmg nak beli, bargain mula dari half price cth harga tudung TL30.mintak kurang sampai TL15….so atleast dia boleh bg TL20 ke.gitu
oh suami juga berjaya dptkan leather jacket yg diingini
selesai menjelajah GB yg tak brp jelajah sbb tak pergi pun semua ceruk, we were both hungry.plan asal nak pegi spice bazaar tapi terpaksa kensel sbb tiba2 penuh lak tgn dgn plastik.so kami patah balik sultanahmet utk makan.sedap oi kofte dgn cili jeruk ni…rasa mcm nak tapau je bwk balik iskk…
dan suami hantar brg2 ke hotel.masa ni lah hujan turun selebat2nya sampai terpaksa beli payung huhu…
suami patah balik ke restoran dan kami naik tram utk ke yusufpasa station dimana terletAknya Historia Mall, mall yg plg dekat dgn sultanahmet
Historia Mall
masa buat itenerary tu memang saje taknak packkan aktiviti hari jumaat sebab suami kena solat jumaat dan mmg tau akan hujan.so pi mall je la yg ok sbb dlm bgnn.punyalah percaya dgn internet kata dkt je mall ni dgn tram station padahal kami jalan dkt 15min jugak nak sampai.dgn hujannya, sejuk lagi iskkk.mall ni takde apa pun yg best.kecik je mcm shah alam mall je saiz.kami smpt solat jama’ ta’khir kat sini.kul 6 camtu kami patah balik sultanahmet utk dinner, we had turkish cuisine again at one of the fine dine restaurant nearby hotel, aloran restaurant.still raining masa tu huhu
sedap sgt food kat sini (sbb lapar dan hujan kot haha).layanan pun tiptop.pastu after habis makan dia bg turkish delights w the famous turkish apple tea.
double thumbs up!!
sampai hotel dah kul 8+pm, ‘aaqil mcm lesu sikit.rasa badan dia panas sikit.cek2 temp dah 37.2c!alamak gelabah bg pcm dan mandikan dia and put him to bed.mesti sbb letih smlm tak hbs lg, pastu kena hujan, sejuk etc etc…
and then we both had our rest coz the next day we hav full day trip to other side of istanbul!
stay tuned!