hari tu berkobar2 nak tulis entri.lepastu balik pantang kat rumah tak datang pulak mood nya huhu
so sekarang ada mood suam2 kuku ni think better i write something before i forget everything hihi
pagi khamis 19 Jan 2012 (sehari sebelum hari kelahiran) memang takde tanda.in fact pergi ofis macam biasa, siap breakfast nasi lemak kedai mesra 2 bungkus.hehe.lepastu buat lah kerja macam biasa.disebabkan keesokannya dah plan nak mintak mc dari Dr Seri (appointment at 38wks), jadi hari ni jugak hari 2nd last kerja lah.kononnya.so setelkan kerja ie drawing vendor, handover notes etc2
menjelang tengahari tu tah kenapa rasa letihhh yang amat.elok kul 12 tu masuk filing room(aka surau) pi tidur.lebih kurang sejam lepastu mamai2 bangun sebab kena jugak lunch.haaaa masa ni dah mula start sakit badan.especially kat area pelvic.tp tak bajet pape la sbb duk bayang ‘ni mesti baby dah selamat masuk laluan ni’.so rasa happy gitu…
turun beli lunch kat kedai mesra.pastu join officemates lunch kt office.tgh lunch tu borak2 pasal my due date la.pasal beranak la.haha
masa solat zohor dah mula rasa badan berat gila.lain macam.tapi buat mcm biasa sbb dlm hati kata ‘mcm ni la kot kalau baby dah engaged’…
petang tu sambung kerja tapi rasa letih sangat.so ckp kat suami yg sgt2 tak larat nak balik sendiri so nak tunggu je dia balik sekali.selingan; fyi,start me 36wks, suami sangat lah kebizian, tiap hari balik lepas isya’.disebabkan tak larat nak tunggu, balik sendiri naik lrt+taxi tiap hari.tapi hari tu mmg nak jalan pun tak larat.so tunggu je la suami siap kerja…
alhamdulillah tunggu tak lama.kul 6.30pm mcm tu suami dtg amik kat lobi.elok masuk kereta je, mula rasa sakit mcm period pain yg kejap2 tuh.tp time tu in denial.bgtau hubby tapi nak sedap kan hati, ckp kat dia ‘braxton hicks je ni..jap lg okay lah…’
dah sampai jln semarak tu suami tanya larat ke nak masak atau nak singgah makan dulu.so we decided to eat kat gerai tepi tasik.along the way ni sakit tu datang dan pergi.lepas dah decide tu, sakit dtg balik.so ckp dgn suami balik terus je la.nanti order la pizza ke hape ke.but I told hubby i want to tapau air kelapa muda(yg buah) kat gerai area tasik tuh.ok lepas tu sakit tu pergi balik.masa ni tgh jem kat jln semarak so sempat la tukar decision byk kali hahahha.elok bbrp minit lepastu, sakit dtg lg.ok terus ckp kat suami ‘takyahla saya tak larat sangat kita balik je lah’ hihi.pening kepala suami melayan karenah isteri…
little that we know that the intermittent pain is THE contractions…our son trying to tell us that e’s ready to meet the world, subhanallah!:)
as mentioned in my previous post, i start to time my pain/contractions once i arrived home.masa tu dah maghrib.bgtau suami yg mungkin masanya dah sampai dan decide nak tgk berapa jarak antara tiap kontraksi.sah la konsisten timing nya.masa tu jarak 10-15minit.tak sedap hati punya pasal,bgtau suami kita pegi emergency la mlm ni.
jadi dah tau bakal di admit mlm tu, cepat2 capai towel dan mandi puas2 dan syampoo rambut etc.lepastu potong kuku, lipat2 baju, kemas rumah, dan mula pack utk pantang kat shah alam.hubby pulak masak maggi spesel as dinner.buat semua2 tu dlm keadaan sakit yg dtg dan pergi…
sempat separuh jalan je packing utk pantang.suami suh stop buat keje dia kata nnt kalau konfem beranak nnt dia sambungkan pack.packing utk g hospital mmg dah ready since 2wks before so xrisau sgt…
setel semua dlm kul 11pm.ingat lg masa tu kitorang sangat2 letih dan mengantuk.so i told hubby ‘saya nak tido jap lah.nanti 11.30pm kita siap2 pegi hospital…’.suami ok kan je.tapi belum sempat nak lelap mata,dgr bunyi something from my v and tetiba air yg suam2 keluar dari my v nonstop.gush of water!my water broke!dahla masa tu atas katil kan haha.tried not to be panicked terus siap2.i dah tak gerak dah sebab taknak air kuar lg byk.so hubby tolong amikkan baju n tudung.main sarung je jubah n tudung ariani tuh.kalau tak silap suami turun dulu hntr barang kat kereta.sambil tu i smsed abah,mak,kaklong n angah…
suami bagi tuala la sub kepit kat celah kangkang sbb takut meleleh kan.hah takde maknanya.air tu mcm air terjun dah.banjir air ketuban dari katil smpi ke pintu rumah.tuala pun lencun…kat kereta suami dah lapik kan dgn newspaper siap2.mmg pasrah je.jubah pun dah basah sgt2…
otw nak pi prince court boleh pulak jalan tun razak tu jem.padahal dah midnite tuh.rupanya satu lane tutup sebab depa duk potong pokok ka baiki jalan ka apa tah.mak siyes tak ingat sbb masa tu pk anak je dlm perut tu takut lemas huhu
sampai2 kat emergency, suami papah i masuk.jalan masa tu mmg kepit2 la haha.kepit tuala yg dah lencun.tapi kalau takde tuala tu mmg lg laju kot air tu keluar huhu.staff PCMC nampak je, terus sorong wheelchair.dia interview sket2.then terus call labour room.lawak sbb time tu ada patient lain kat kaunter.dia dok ckp goodluck.yg lain2 tu usha2 baju i yg dah basah huhu
masuk2 labour room misi bagi baju n pad.and then suruh baring.dia prepare apa yg patut few minutes after that dia masuk bilik cakap nak buat ve(seluk/cek bukaan).haha berdebar weih sebab ni antara perkara yg manggerunkan dalam proses kelahiran hoho.first time dlm hidup kena seluk was not that bad.maybe sebab dlm kepala dah prepare for the worse.ai bajet dia seluk pakai 2jari tp suami ckp dia nmpk yg keluar lima2 jari.maknanya mmg satu tangan tgn masuk.tp mmg masa kena seluk tu dlm hati ckp ‘woiiiiiii macam tu keeee??’ haha.so anyways, masa tu dah 3cm.woottt!!mak happy gila ok sbb dah 3cm dan dah nak beranak.kalau ikut pembacaan/study anak first adalah 1cm tiap sejam.masa tu kul 12midnite.so bajet dlm lepas subuh konfirm baby kuar(yakin je kan)…
tapi salah tekaan ku……. (to be continued sbb entri ni dah panjang benor)
p/s : my lil miracle is one month today, alhamdulillah 🙂