baru-baru ni, masa dah nak hampir hari ulangtahun perkahwinan, saya terfikir nak senaraikan hadiah2 kahwin yg setakat setahun ni sangat berguna dan digunakan secara optimum…
haaaaa ni senarai nya,
1. periuk nasi – 1 saiz S dan 2 saiz L : ok yg ni mmg tak ingat siapa yang bagi.yang saiz S tu adalah pemakaian kami sehari2.max nasi yg blh dimasak adalah 3 cwn.just nice utk mkn 2org.haaa ricecooker ni lah yang kami bawak ke HK aritu.jauh dia bjalan hehe.yang saiz L tu pulak sangat berguna kalau orang datang.boleh menjamu hingga 10 org dewasa.kool!
2. blender – alhamdulillah dpt 1 je ha ha.seminggu dekat 3x jugak pakai.mainly utk blend cili la of kos kan.tp penah je buat apple juice dan air tembikai kat dlm tu.heh.belasah je ;p (drp Bal PIPE n suami)
3. set pinggan mangkuk utk 2 orang – mmg pgunaan paling kerap.ada 2 pinggan, 2 piring dan 2 mangkuk.nice (drp auntie kedai letrik tmpt kami beli mesin basuh,astro dan kipas he he)
4. set sarapan utk 2 org – ada 2 mug, 2 piring dan 2 mangkuk.ni jadi mangkuk lauk dan cawan tiap hari (kat kenduri taiping – drp kawan suami)
5. periuk dua handle saiz M – paling mantopp.pemanasan sekata,ewah.tiap hari masak main dish pakai periuk ni.sayang gila kottt.suka sgtt (tp x ingat sapa bagi huhu)
6. set tupperware ada 6 bekas semuanya.ada 2 saiz, kaler kuning dan hijau.mmg sangat diguna pakai ie letak cili giling, asam jawa, bawang goreng, lebihan2 lauk..(daripada Edi PIPE)
7. electric thermos – mavelesss.ni la sumber air bersih dan air panas dan air minum kami.kami takde cerek atas api.water filter pun xde. (kawan suami rasanya sebab masa kat shahalam takde org bg thermos.frust sbb kalau tak silap kaklong dpt sampai 2 hehe.pastu bsyukur kat taiping dpt jugak.sgt tidak senonoh)
8. set cadar dan comforter (we got 2 sets) – dua2 digunakan extensively.(dari Koy SMIH dan officemate suami)
9. kipas siling beremote control : sekarang selamat dipasang di bilik beradu kami.menyejukkan malam2 kami.alhamdulillah (dari Rozaina SMIH)
10. dapur ada 2 burner : ni pun best.sgt berjasa esp masa musim raya aritu.tapi sekarang ada kat yard je sebab tak boleh fit kat dapur rumah baru.sob (dari PakDin bapa saudara suami)
11. tudung saji dan bekas tisu : hasil sentuhan tangan tok kat baling.menghiasi meja makan eheh
12. dekat 10 set cadar 🙂 so far kami baru pakai 4 kot…yang lain tu tunggu kang rasa nak tukar selera dan tukar angin heheh
13. oven : oh bjasa sungguh.walaupun dapur kecik dan tak boleh letak secara permanent, tapi sempat la masak mcm2 ie biskut raya, lasagna, mac n cheese,ayam golek(abah rasmikan penggolek hehe), apple crumble etc etc (drp maklong)
14. of course all the jusco vouchers and cash.total of almost 2k.esp daripada office and families and bosses.sweeeet.duit ni kami pakai utk beli barang2 rumah awal2 dulu.very useful!
15. vacuum cleaner – rumah baru ni menangkap habuk.kalau guna penyapu, konfirm habuk terbang dan jatuh balik.maka baru ni kami guna vacuum utk ‘sapu’ satu rumah.wp agak leceh kne cabut plag pasang cabut pasang cabut tapi sgt sukaaaaa! (drp the UM hot gurlss)
16. jam meja – ada 2 satu letak kat tepi katil dalam bilik dan satu lagi sebelah tv.rumah kami takde jam dinding (yet) jadi jam2 ni sangat berguna.besar masing2 pun macam jam dinding.so fit for purpose.love it (drp adikku Sulafa’ dan Bibah+husben)
alhamdulillah.hadiah lain kami dah pakai test.ada yang belum berkesempatan spt deepfryer.hmm.oh oh tapi antara semua tuh ada satuuuuuuuuuuuuuuuuu je hadiah yang kami tak boleh test…………………
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BAJU BABY!
ye, ada orang bagi hadiah baju baby.hehe.kalau tak silap dulu angah kawen pun ada org bg hadiah ni.takpa,inshaallah doakan kami.wat masa sekarang kena ikut nasihat doktor.tunggu dan lihat shj ye…doakan 🙂
jadi begitulah adanya.sekarang saya lebih senang nak beli hadiah kahwin sebab dah ada pengalaman mengguna hadiah2 kawen.mungkin senarai kat atas ni boleh dijadikan panduan utk kamu2 yang nak buat wedding register(fuh) atau nak beli hadiah kahwin teman2..
dan lepas setahun lamanya, thanks again to all for the presents!!baik yang disebut mahupun tidak.sayang semua.muahhhhhhhhhhh