jom mandi sungai!

sabtu baru ni saya dan keluarga belah suami pergi piknik dan mandi sungai.hoho.agak spontan juga plan ni sebab baru bincang2 sehari sebelum.plan asal pun cuma kami sekeluarga dan keluarga pakteh.tapi petang jumaat tu pakteh berjaya pujuk tok dan tokwan dan keluarga pakndak kat lumut untuk join sekali.maka makin ramaila yang join.ape tu org puteh kata, “the more the merrier”.gitu 🙂

pagi sabtu tu ke pasar mencari bahan2 nak memasak.lauk utama adalah ayam percik, sambal udang petai, tomyam campur dan lauk2 sampingan.maka memasak la kami dari jam 9pg camtu sampai kul 12noon.rombongan dari lumut pun dah sampai maka kami pun memulakan perjalanan ke air itam, batu kurau.lebih kurang setengah jam dari taiping…

ada gak la tragedi lawak sebab masing2 dah beriye nak membakar ayam dan ikan tapi boleh tak takda sapa teringat nak bawak fire starter dan plg kelakar,lighter/mancis!mana nak dapat api kan.masing2 semangat tapi benda penting boleh lupa.maka kami pun singgah ke kedai runcit kat batu kurau tu beli brg2.nasib baik ada.kalau tak ada jugak yang kena gosok batu sampai keluar api hoho

ok tetiba macam malas nak cerita semua.layan gamba saje ye 🙂

cewah cewah.bizi2

ni masa baru sampai.yang kanak2 dah hilang ke sungai dah.i ingat nak join jugak tapi kena jadi sedar diri sikit.well 😛

okeh.air siappp

oke.maka menolong makndak membuat air

tapak piknik :)

lepak2 sambil borak2 sementara tunggu makanan siapp 🙂


percikkkk

beginilah cara2 membuat ayam percik ye.hehe.ayam tu dah masak dah kat rumah.tinggal bakar je kasi ada rasa asap,bak kata suami hehhe


ikan ponnn

ikan dan ayam di percik2

yummm

inilah dia watak utama!!

yummmmmmmmmm

sebahagian dari lauk pauk yang dimasak di rumah


bon apetit!

akhirnya masa makan pun tiba…yay!!

ok.masak sudah.makan pun sudah

maka saya pun mengacah2 mahu menolong makteh membasuh pinggan di bawah sambil suami kenyit mata ajak turun mandi haha.so tolong makteh basuh pinggan dan saya tak keluar dari air sampai la kena panggil sebab tok dan tokwan dah nak balik huhuhuuuuuu.tak puasssss

weehoo

mandiiiiiiiiiii~~~~~


lallalala

with cousins

ehem

lap u 🙂 (nota : makteh comel sebab pi mandi sungai bawak gayong.klasik sungguh :P)


love u ;*

i love this pix.real jacuzzi.really reflects the awesomeness.i mean the sungai.subhanallah

so thats about it.faktor yang membuatkan perkelahan di sungai bes adalah;

1. ada geng mandi yang sporting
2. tak ramai orang
3. kawasan yang bersih dan luas
4. air yang dalam dan deras dan jernih
5. cuaca yang mengizinkan
6. bilik persalinan yang selesa

alhamdulillah semua faktor di atas menyebelahi kami.cuma yang no 6 tu ada agak kureng sedikit.tapi at least ada bilik terlindung huhu.well elok kami naik dari sungai,cuaca dah mula mendung.elok sampai rumah,hujan pun turun.timing memang baek betul la hoho

apa pun memang terubat rasa rindu mandi sungai.kali terakhir mandi sungai beriya2 dah bertahun2 kot.rasa macam kembali ke alam kanak2 pun ada hehhee…

alhamdulillah…

p/s : inshaallah kalau ada peluang nak bawak family shah alam pun datang sini.time kat sana asik teringat kat derang huhu.tetibe emo huhu

p/p/s : fuh sempat pun post se-entri.sat lg suami balik dari tgk bola.esok pulang ke kl.yay!