sentimen mental

Jenama : Sony Ericsson
Model : k500i
Harga : rm500
Tarikh mula berkhidmat : nov 2005
Ciri2 : infrared,skrin berwarna(wah!),kamera 1.5mp,polifonik mp3,muvie (gigibiru tiada dlm pkhidmatan),terima panggilan,membuat panggilan,sms,mms…

kasi enterprem skett

saya sayang henfon ni sebab :

1. saya beli 4 tahun lepas,menggunakan gaji bln ke2 saya.gaji pertama habis bayar hutang disebabkn lama menganggur hik2

2. selama tempoh tersebut, hp ksygn ini dah beratus kali jatuh dgn pelbagai cara.jatuhan sisi,menegak,meniarap,menelentang mahupun gaya bebas.gaya bebas ie jatuh terburai tinggal simkad sahaja, terjadi masa jln2 kat gerai2 baju di pkns,maka saya dgn tabah mengutip satu persatu yakni bateri,kaver,badan dgn terbongkok2.sampai org yg nmpk pun tolong sekaki cari sampai celah2 gantungan baju.berharga tak berharganya kan

3. walaupun dah beratus kali terjatuh,dijatuhkan dan tak lupa juga dihisap oleh faqeeh sehingga perlu diletak di bawah dryer selama bbrp jam,namun hp ini TAK pernah rosak ie tak boleh berfungsi.pendek kata tak pernah kena hantar repair la sepanjang 4 tahun tu

4. walaupun hp ni cuma boleh menyimpan tak sampai 50 sms, tp dlm melbox ni lah ada sms2 lamaran dari suami saya (cis pakai sms je)*blush*eh no,not literally la.maksudnye yg gitu2 la *tunduk malu* alah silalah buat2 fhm*semakin tunduk malu*

5. saya sayang hp ni sampai saya akan letak hp ni atas meja ketika mesyuarat/mkn di restoran walaupun hp teman2 lain di kalangan iPhone,e71 mahupun blackberry.saya tetap bangga dgn dia (tetibe)

6. kadang2 kalau saya tertinggal dia dlm kereta atau dlm hotel atau mana2, takde org yang sampai ati nak ambil haha

7. walaupun kamera hp ni agak ketinggalan zmn yakni bila snap satu dewan boleh dengar bunyi ‘kcekek’ dia, namun hp inilah tersimpan byk gmbr2 ‘athif masa dia baby(kt hospital).mms/video gmbr die dr angah/kakngah pun byk tersimpan dlm ni

murah tak semestinya tak elok, mahal tak semestinya sempurna..betul?

apapun,nilai sentimental dan kualiti tu yang buatkan saya selalu tak sampai hati nak tukar baru.kalau dah ada yang baru pun masih terjeling2 kat yg lama..

kenapa dgn entri ini?oh,beberapa minggu lepas saya dah ditemukan dengan pengganti dia*timekaseh suami* walaupun saya membayangkan untuk menggunakan dia hingga tak boleh digunakan..mungkin penggantian ini adalah agar semua nilai2 sentimental itu kekal didalamnya dan boleh ditatap di masa tua 🙂

nak review hp baru? tunggu 4 tahun lg ye.eh eh lain mcm maksudnya tu 😛

3 thoughts on “sentimen mental

  1. thank god dah tukar henpon!! hahahahahha gurau aje 😛
    ape fon baru kau ni?aku taktau sampai sekarang.

  2. oh lagi satu!!

    fon ni jugak lah yg menyebabkan ko merajuk bile sue terbaca sms kemal masa kite kat nandos.mase itu kemal maseh suatu rahsia….HAHAHAHHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.