entri terakhir

esok pagi kami akan meninggalkan rumah sewa yang kami duduki sejak mac lepas.elok 10 bulan duduk sini.macam2 jugak la kejadian yang diingini dan tak diingini berlaku.antaranya,

1. parking kat rumah ni on first come first serve basis.kalau balik awal dapat la park betul2 depan blok.kalau balik sampai kul 12 atau 1-2 pagi jawabnya kena la berjalan jauh dari parking ke rumah.masa bulan pertama ke kedua tinggal kat sini, kami park betul2 bawah rumah.sekali satu pagi tu tengok wiper kereta kami dah patah.kami saspek org yang patahkan tu marah sebab kami parking kat port dia.ish tak baik sungguh.hikmah sebalik tragedi ni adalah kami ganti dengan wiper yang sangat bagus dan tahan sampai sekarang.sangat bagus maksudnya getah dia tu tahan lama dan sapuan sangat bersih.haha

2. pernah beberapa kali paip utama air kat rumah kami ditutup.paip ni dekat ngan meter kat koridor depan rumah.mula2 ingat ada budak2 gatal tangan bukak tutup paip.tapi benda ni berlarutan sampai 2-3 hari konsisten je.tak dapat cari punca.sampaila satu hari ada sorang encik ni datang jumpa kami dan bagitau dia duk rumah bawah dan rumah dia ‘banjir’ sebab air keluar dari dinding.dan dia saspek sebab paip dalam dinding rumah kami bocor dan bila dia tutup paip utama rumah kami rumah abang tu ok.sebelum ni rumah yang kami duduk tu takda orang jadi sebab tu takda masalah.bila kami duduk rumah tu masalah ‘banjir’ tu datang balik.maka akhirnya tuan rumah panggil kontraktor datang pecahkan tiles rumah kami dan tukar paip yg bocor tu.selesai masalah:)

3. kami tempah langsir.sekali masa pasang tu orang tu salah buat yakni pakai kain lain.nasib baik yang kat hall je salah.maka kami pun pi report kat kedai dia dan berlaku sedikit drama swasta.macam korang ni kan jaga standard(ssf) tapi kenapa buat silap jugak.cewah saje buat saspen.lepas sebulan baru dapat ganti balik dengan kain yang diminta.padahal takde masalah sangat pun sebenarnya sebab kitorang tempah pakai 2 kain.yang plain utk bilik2 yang bercorak utk hall.sekali dia buat pakai satu kain je.jadi yang hall tu takda corak.kecoh je kan haha.hak pengguna apa.ehem.jadi sempatla tukar langsir 2 kali walaupun duduk sini 10 bulan je ;p.tapi jujurnya ssf servis memang tiptop.customer servis bgs.pasang langsir track semua tak sampai setengah jam dah siap satu rumah.memang berbaloibaloi.ada lagi satu kedai langsir tu (utk rumah baru kitorang),pasang track pun dekat 2 jam.baru track tu huhu.ok sekian pujian melampau utk ssf

4. masa raya aritu ada la buat beberapa sesi makan2.boleh tak of all time,time masak banyak2 tu la gas habis.dah la tak sampai sejam tetamu (dekat 10 orang) dah nak sampai.sebelum tu dah rasa2 dah sebab pakai tong gas tu dah dekat 6 bulan masa tu.tak pernah tukar.sekali nak jadi kan.nasib baik la sempat siap masak semua.ingat lagi masa gas habis tu kuah soto tak siap,kentang untuk bergedil pun tak goreng lagi,rendang tak letak kerisik lagi,air belum buat,nasi impit belum potong.memang stres la(mcm biasa).tp alhamdulillah lepas gas sampai tu baru lega.yang kelakar tu last2 air dibuat oleh tetamu!(isteri kawan suami).ish memalukan betul dengan dapur selerak etc etc.tapi soto dan rendang dipuji maka lupa kejap la kesah gas tu haha

5. lebih kurang sebulan lepas paip kat sink dapur patah,maka dekat sebulan jugak saya masak menggunakan sinki yang tak berpaip.air keluar ikut dinding.malas nak amik gambar hehe.jadi tempoh masa memasak 50% lebih lama daripada timing biasa (defensif defensif).ekceli dah report kat tuan rumah.lepastu dia hantar sorang mamat ni datang tgk.dia kata nak datang balik tapi sampai la ni tak datang2.aritu ada call tuan rumah lagi sekali tanya bila boleh repair.sambil tu bagitau hajat nak pindah rumah akhir bulan ni.terus akak tuan rumah tu lupa kot nak hantar orang betulkan huhu

cukupla kot lima kat atas ni sebagai kenangan yang lain tu i simpan dalam hati teeheehehe

ok lagi satu,fakta menarik tentang rumah yang akan ditinggalkan ni,
1. angin sangat kuat sebab apartmen ni terletak di kawasan bukit (kata jiran dgn bukit antarabangsa kan).sampai kan malam2 tak bukak kipas pun kena pakai selimut.sejuk ok.kalau malam2 memang dibiarkan sliding door balkoni dibuka sebab nak dapat udara segar

2. kawasan melayu.bukan racist ye.tapi lebih selesa dan surau pun dalam kompaun sahaja wp saya sendiri tak pernah pergi surau tu huhu.azan memang kuat la.tambah pulak tiap apartmen ada surau masing2 jadi azan bersahut2 alhamdulillah

3. saya dan suami TAK PERNAH jumpa tuan rumah ni.selalu berhubung melalui telefon sahaja.masa awal2 masuk dulu pun berurusan dengan ejen

4. rumah ni ke ofis/klcc cuma 20 minit je.kalau jem teruk pun 40 minit dah boleh sampai.kuar rumah kul 7.30 pun leh sampai ofis sebelum kul 8.suka gilaa

5. rumah ni banyak cicak.besar2 lak tu euwwww (ok silap ni fakta tak menarik)

6. selama tinggal sini kami tak pernah sidai baju kat luar walaupun ada balkoni.maklumla takda bibik.sape nak angkat baju kalau hujan masa kami kat ofis.haha.motif libatkan bibik?

dah mcam ejen rumah lak konsepnya.hahah

kesimpulannya,rasa sayang sangat nak tinggalkan rumah ni.disinilah tempat bermula hidup kami sebagai suami isteri.pastu rasa macam banyak je kurang kat rumah baru tu.rasa macam rumah sewa ni menang dalam semua segi.tapi hidup mesti diteruskan.tak sabar nak mencipta kenangan baru kat tempat baru nanti,inshaallah tahun baru, rumah baru, azam baru! (wah gitu)

goodbye ukayperdana,hello setapak!

p/s : nak tgk klcc nye fireworks new year dari balkoni rumah.tu je la yg buat i eksaited nak pindah huhu

oh pindah

packed up

meja,katil,almari semua dah di dismantle.tidur pun kat hall 2-3hari ni.depan tv hik2.sebenarnya ni cuma 50%.kotak2 merata lagi kat rumah.ada lebih kurang 15 of them and counting.dont know whether we can finish it by tonite otherwise need to stay all nite.huhu.esok pukul 8 inshaallah lori datang.dapat rm450 untuk 3tan taktau la murah ke tak tu.tapi asalkan buat kerja bagus dan cekap,saya tak kesah.by the wayy,dapur lama sudah tutup secara rasmi malam semalam dan dapur baru masih cacat jadi mungkin paling awal akan mula beroperasi tahun depan.jadi seminggu juga la tak memasak.dam di dam dam dam 😛

banyak nak buat hujung minggu ni.rasa macam nak je cuti sampai tahun depan haih (“ala kalau tak sibuk pindah pun nak cuti jugak kan…”.shadaplah)