tah kenapa sejak lepas kahwin ni saya makin susah nak berdikari.semua benda nak mintak tolong.takboleh bukak botol garam pun panggil suami bukakkan.nak drive sorang pergi tempat2 biasa pun takut2.padahal masa zaman bujang dulu, semua buat sendiri.selagi boleh takkan mintak orang lain tolong.yelah,26 tahun hidup as one soul sekarang dah ada another half dia jadi mengada lain pulak
dah 9 bulan hidup berdua ni rasa macam dah makin manja (eh eh kenapa italic ni haha).semua nak bergantung kat suami.kecuali kalau outstation la kan.sah2 jatuh kena bangun sendiri.tapi kalau kat rumah,memang suami sentiasa ada sekali, jadi tak rasa takut,rasa secure saje sebab apa2 memang rasa dia lah savior haha over ok
sekarang kami bekerja pun dah masuk tahun ke4.kalau ikut nature kerja suami, kalau nak pengalaman lebih, memang kena pergi projek luar malaysia.orang puteh kata overseas.pergi dalam paling2 pun setahun.kalau nasib ‘baik’ dapatla 3 tahun.balik pun tiap 3 bulan kot
dulu2 saya tak rasa.tapi baru ni macam ada wakeup call mengatakan yang dah sampai masa.masa sebelum kahwin saya dah sedar benda ni akan datang.maklumla masa tu berdikari sungguh jadi macam what the heck saya boleh je survive sorang2 nak pergi lama2 i tak kesah.gitu.sekali dah kahwin jadi makin lembik,ha padan muka.bukan apa,makin meningkat tahun suami bekerja,saya rasa makin dekat dgn momen itu.sekarang dah 4 tahun dan tahun depan nak masuk ke5.rata2 kawan2 dia agak ramai yang dah melebarkan sayap ke negara lain
kalau takat asia saya ok lagi.airasia pun banyak je flight.kalau uk us canada finland egypt dubai i lg suka.siap ofer diri kot nak teman walaupun tak diajak.tapi masalahnya area yang best tersebut takde dalam pilihan.selalunya dapat area yang flight mas pun jarang2 ada.belum kira takde line telefon ke internet ke
sob
hati saya berbelah bahagi sebab saya NAK dia pergi sebab ini yang terbaik utk kerja dia.bekerja kat negara orang ni cabaran dia banyak.nak adapt dengan cara kerja,budaya,bahasa the list goes on.belum termasuk stress kerja itself lagi kan.sbbtu sape yang ke projek luar negara senang naik.saya juga NAK dia pergi seawal mungkin sebab biar sekarang jangan nanti masa komitmen dah banyak ie anak dah sekolah,anak dah ramai (wah).tinggal saya sorang takpe jgn tinggal anak2 ececeh.jadi biar sekarang,betul?
isteri mana yang takde rasa TAKNAK tu memang saya respek.tabah sungguh.tabah ke weirdo?tapi saya tak sekuat itu.mesti rasa lain bila masa dia takda tu, siapa nak bawak saya yang buta map ni pergi mana2.kenduri pergi sorang2(kalau sampai la kan).sapa nak tengokkan laptop yang kadang2 ada moodswing tu.sapa nak downloadkan tv series.sapa nak pasangkan muvie kat tv.sapa nak buangkan sampah.sapa nak jadi imam.sapa nak lead baca yasin tiap malam jumaat.sapa nak tukarkan bulb lampu.sapa nak bawak saya balik baling(besnya kg tok.tak merasa lg mandi sungai belakang rumah tu.hint2).sapa nak tenangkan saya dengan menyanyi2 ketika saya tengah stres ataupun ketika mengantuk di pagi hari sebelum ke ofis.sapa nak tolong habiskan makanan saya.kat sapa saya nak cerita gosip2 blog artis ofis terbaru.ya allah panjangnye list.huhu
eh eh macam perenggan TAKNAK tu lagi panjang dari perenggan NAK ye 😛
okelah.bebel macam takde poin
kadang2 terfikir mungkin ini akan jadi ujian pertama buat kami suami isteri.saya harus belajar utk terima ini semua.saya sokong walau apa pun yang dia putuskan.mungkin itu yang terbaik utk kami sekeluarga.dia mungkin akan jauh tp saya ada mak,abah dan adikberadik kat shahalam.dan ofkos,Dia sebagai tempat mengadu huhu
ok,i’m ready regardless
bring it on! (wp nada menggeletar kecuakan)