“cik masih aktif menggunakan kad kredit xx ke?”“(promo sampai dekat stgh jam)”“cik cuma perlu bayar rmxxx sebulan untuk skim ini dan kami akan terus caj ke kad kredit cik.jadi di sini sebagai pengesahan bila tamat tempoh kad…..blablabla“
sounds familiar?ni la namanye tele-marketing.yakni orang bank/insuran atau orang insuran yang akan cari kita sebab kita pemegang kad kredit jadi dia nak ofer itu ini skim itu skim ini..saya mula dijinak2kan oleh benda ni sejak ada kad kredit la.tahun 2006.hoho masa tahun pertama tu memang naif sangat.org call je layan.tak kisah la benda tu relevan dalam hidup ke tak.rasa macam dihargai bila org tu ckp “cik ni antara yang terpilih..”.so secara hukum alamnya kita yang lurus ni akan layan la kan.sampai pernah jugakla kerugian dekat rm1000(yg ingat la).rugi sebab in the end saya tak pakai pun membership tu.mcm tu je duit tu terbuang haih.tapi lepas dah terkena beberapa kali tu macam beringat dah.kalau dapat je panggilan macam gini, terus je “emm saya ada kerja la boleh call lepas ofis?” atau “nak tanya,ni ada kenakan bayaran apa2 ke.kalau ada saya tak berminat.maaf” sebelum orang tu sempat nak promo.hik2.dan kalau ofer kad kredit memang saya tolak awal2 lagi la sebab dari awal kerja dulu saya setia pada maybank.samada atm,visa atau master.tak pernah cari lain haha
so anywayyy tadi masa kat ofis tercuri dengar perbualan 2 orang rakan sekerja pasal isu tele-marketing ni.dua2 berkongsi cerita mengenai pengalaman kad kredit di caj dekat rm100 sebulan hanya disebabkan melayan panggilan seperti di atas.tapi dalam kes diorang ni,tiada pengesahan no ic ke alamat ke tup2 di caj macam tu.ni mesti kes orang sales yang nak meet target sales tiap bulan punya pasal.bila ditanya pada pihak bank berkenaan, mereka kata yang mereka ada rekod pengesahan jadi mereka tak bersalah.jadi kawan saya mintak untuk tidak lagi dicaj utk bulan mendatang tapi yang telah di caj tu kena bayar jugak.dalam kes dia, dah 2 bulan kena caj maka rmxxx tu kira hangus macam tu je.sakit hati takk.itu pun mujur diorang ni rajin cek stetmen kad kredit
lepas dgr diorang nye perborakan ni tiba2 saya omg! saya baru perasan dah dekat setahun saya bayar bil kad kredit tanpa cek detail bil
masa awal2 dulu excited dapat bil.tiap bulan cek details sampai siap pernah ada tragedi lagi.mungkin sebab masa tu duk kat rumah mak jadi surat pun sampai tangan terus.dah pindah aritu tak tukar pulak alamat jadi stetmen semua tak tengok pun.tu lah masalah online banking ni (tetibe)
dan dan tu jugak saya maybank2u dan cek statement2 kad kredit saya tapi yang bulan okt punya pun saya tak boleh nak recall tiap transaksi.macam eh kenapa swipe seribu stgh ni.eh beli apa sampai ratus2 ni.selama ni duk bayar je tak cek lansung.tu belum cek yang bulan julai punye.atau januari.adeh.dah la tiap bulan bil kurang2 pun rm1k.main bayar je.bijak.tapi nak buat camane kan huhu.having said that saya baru teringat bil maxis saya pun dah lama saya tak tgk details.tiap bulan bayar membuta je.haih cuainya T_T
peringatan kepada diri sendiri,
1. jgn la layan orang telemarketing ni.seboleh2nya elakkan atau buat2 sibuk haha
2. semak la kad kredit nya stetmen tiap bulan walaupun tak pernah swipe.bank ni kdg2 nak untung dia caj itu la ini la
3. bil telefon pun sila cek selalu ok
4. rajin2 la curi dengar perbualan orang
sekian