si comels

td rasa mcm boring kat ofis.jadi aktiviti apabila bosan adalah menelefon anak2 abg saya yang dua orang itu yakni athif si abglong dan faqeeh si adik.sejak kahwin,dlm seminggu sekurang2nya 3x call utk borak dengan budak berdua ni 😉  ada tu hari2 telefon sebab bosan rindu.sampai ibu diorang pun dah naik penat agaknya 😛

selama ni sebutir ditanya,sebutir dijawab.tp td buat pertama kali athif bertanyakan soalan kepada saya…suka yang amat maklang!ngeh..

saya : athif kat mana tu
athif : umah nyang
saya : ooo bila nak blk umah wan
athif : gu abah kje
saya : bila nak g umah maklang
athif : maklang kat mana ni
(saya gelak teruja)
saya : maklang keje (sambil sengih2)
athif : apa?haih maklang kat mana ni
(dan soalan-jawapan yg sama berulang untuk beberapa kali sebab dia tak fhm jwpn saya.comel.tanya orang pastu sendiri blur hehe)

borak2,lepastu bercakap dgn si adiknya pulak.adik yang makin hari makin bijak.si faqeeh ni tak tau byk perkataan lg.jd dia byk bebel bahasa baby dia dan gelak sorang2…

hmm.kalau kat rumah mak, nampak si adik lebih diberi perhatian sebab aksi2nya yang menghiburkan dan superhyperactive.kadang kesian tengok si abang sebab dia ni lebih reserve maka perhatian yang diberi semua orang tak seperti perhatian kepada si adik.huhu.hakikatnya,semua orang sayang dua2 sama rata je 🙂

rindu lah pulak ngan budak2 ni.ehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.