sendiri

adalah pelik sebenarnya

saya di miri dari selasa-khamis.suami pula di port dickson dari khamis-sabtu.pagi tadi suami ke ofis,park kereta di tempat biasa dan terus ke PD.petang ni saya pulang dari miri, ke ofis dan ambil kereta bawa pulang rumah.tak berjumpa pun.jadi masing2 pegang sorang satu kunci rumah dan kunci kereta

tak ke pelik ;p

tadi dalam kapalterbang dah plan.tak jadi nak balik shah alam.sebab selasa lepas tinggalkan rumah dalam keadaan tunggang langgang.maklumlah,baru balik dari kampung, sempat basuh baju semua dan sidai.hujung minggu pun tiada di rumah nak kemas rumah dsbg.jadi,ingat nak kemas rumah dan lipat baju yang menggunung kat rumah tu

balik2 tadi,bukak pintu,terkejut.rumah kemas dari biasa.semua tersusun termasuk koleksi transformers atas meja tv yang selalu tergolek2.masuk bilik,baju ada beberapa helai je belum dibasuh,baju lain semua dah siap lipat,tersusun atas katil.ke dapur,sampah semua takda.siap dibuang dah..timekaseh sayang..hu hu

suamisteri adalah melengkapi,bukan?

teringat masa pertama kali masuk rumah ni.fyi, suami tinggal rumah ni 2 minggu sebelum bergelar suami hehe.jadi saya join dia 2 hari lepas kenduri kat shah alam.masuk2 je saya perasan sesuatu.kemas sungguh.suami susun barang terletak.kemas,saya pun segan sebab saya ni takde la pengemas sangat.matilah mengaku satu dunia kan.beberapa minggu pertama tu memang kekok.jadi perfectionist kejap.sebab takut tak tercapai akalmu meet expectation.tapi lama kelamaan jadual sendiri pun tak menentu.balik lewat,masak malam,outstation tiap minggu dsbg.kerja mengemas dan laundry pun hujung minggu baru nak buat full swing

tiba2 jadi macamni saya tercuit kejap.betapa saya masih banyak kena belajar.saya akan cuba jadi lebih baik.ni baru tinggal berdua.nanti dah bertiga berempat ber13?wah anak sebelas.silalah menjawab kan ada masa ke tak huhu

semoga kita semua terus sukses ye isteri2/ibu2 yang bekerja! 🙂

p/s : cepatla sabtu 😐

4 thoughts on “sendiri

  1. how lucky u are pn koca! mmg bila ada anak lagi la tak terkejar nk buat sume keja. kdg2 tu ada la yg terpaksa skip. kalu hubby dah blk lmbt sgt, mmg aku skip msk. sbb dania tdo awal. 10pm dh msk tdo.

  2. Makcu ni gedik jek nak mengomen.
    First makcu nak ckp tahniah (ikhlas tau) dpt laki pengemas.
    Second, sila ucap terimas.
    Third, jgn sekali2 ckp kat dia lain kali jgn buat. Biar dia buat mana yg u tak larat buat…ini sgt berfaedah utk isteri2 atau ibu2 yg bekerja.

  3. mien : itulah.aku pun dh tbayang acara skip2 itu huhu

    makcu : tak gedik la:) first,mekasih.kembang la org tu hmm.2nd,oh itu sudah pasti.3rd,camtu ye?pakcu kena baca ni hehe

    sue : nxt time aku roger2 ye.miss u too![tetibe]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.