adalah pelik sebenarnya
saya di miri dari selasa-khamis.suami pula di port dickson dari khamis-sabtu.pagi tadi suami ke ofis,park kereta di tempat biasa dan terus ke PD.petang ni saya pulang dari miri, ke ofis dan ambil kereta bawa pulang rumah.tak berjumpa pun.jadi masing2 pegang sorang satu kunci rumah dan kunci kereta
tak ke pelik ;p
tadi dalam kapalterbang dah plan.tak jadi nak balik shah alam.sebab selasa lepas tinggalkan rumah dalam keadaan tunggang langgang.maklumlah,baru balik dari kampung, sempat basuh baju semua dan sidai.hujung minggu pun tiada di rumah nak kemas rumah dsbg.jadi,ingat nak kemas rumah dan lipat baju yang menggunung kat rumah tu
balik2 tadi,bukak pintu,terkejut.rumah kemas dari biasa.semua tersusun termasuk koleksi transformers atas meja tv yang selalu tergolek2.masuk bilik,baju ada beberapa helai je belum dibasuh,baju lain semua dah siap lipat,tersusun atas katil.ke dapur,sampah semua takda.siap dibuang dah..timekaseh sayang..hu hu
suamisteri adalah melengkapi,bukan?
teringat masa pertama kali masuk rumah ni.fyi, suami tinggal rumah ni 2 minggu sebelum bergelar suami hehe.jadi saya join dia 2 hari lepas kenduri kat shah alam.masuk2 je saya perasan sesuatu.kemas sungguh.suami susun barang terletak.kemas,saya pun segan sebab saya ni takde la pengemas sangat.matilah mengaku satu dunia kan.beberapa minggu pertama tu memang kekok.jadi perfectionist kejap.sebab takut tak tercapai akalmu meet expectation.tapi lama kelamaan jadual sendiri pun tak menentu.balik lewat,masak malam,outstation tiap minggu dsbg.kerja mengemas dan laundry pun hujung minggu baru nak buat full swing
tiba2 jadi macamni saya tercuit kejap.betapa saya masih banyak kena belajar.saya akan cuba jadi lebih baik.ni baru tinggal berdua.nanti dah bertiga berempat ber13?wah anak sebelas.silalah menjawab kan ada masa ke tak huhu
semoga kita semua terus sukses ye isteri2/ibu2 yang bekerja! 🙂
p/s : cepatla sabtu 😐