2nd half

saje je

wahh dah masuk julai.tandanya dah masuk separuh masa kedua.kalau bola ada la juga masa kecemasan.tapi kes tahun ke tahun ni takat masa kedua la.kalau terlepas,akan masuk tahun yang baru.reset balik azam tu.adoi

semenjak dua ni rasa masa berlalu cepat sangat.kejap je dah hujung minggu.sedar2 dah masuk bulan baru.bulan depan dah puasa.rasa macam baru je sambut raya tahun lepas.sibuk persiapan nak bertunang dsbg.cepatnya masa berlalu.tak terkejar.beberapa bulan mendatang kena pergi assessment lagi.macam baru sangat tersenyum lega dah habis assessment.ni lagi seround.wah

azam pulak dah tercapai takat mana.eh chop.saya ada wat azam ke eh awal tahun.hik3.tengok,itu pun tak pasti.adoila.oh bercakap tentang azam,beberapa bulan ni tah kenapa wishlist saya bertambah mencanak2.nak melancong ke sana sini la.nak target saving banyak ni la.nak buat ni.nak buat itu.nak beli macam2.kalau nak senarai tu,memang tak akan habis.tiap minggu ada je tambahan.tu pun boleh jadi senarai azam.tapi azam-yang-hanya-Dia-tahu-bila-boleh-tercapai.huhuh

saya dalam usaha menjadi orang yang lebih baik dari tahun lepas.siapa tidak kan.sememangnya hidup selepas berkahwin banyak menjadikan saya matang secara tidak lansung.sikap kanak2 kena buang jauh2.walau takde dalam azam.merajuk pun bila perlu.selalu sangat nanti diri sendiri pun jadi menyampah.haha.kemudian belajar untuk terima dan telan.walau pahit.buat dan sabar.walaupun penat.senyum dan gembira.walaupun terkadang terpendam sedih.terpaksa rajin.walaupun malas.sebab memang tanggungjawab.dan seterusnya.bila difikir balik,7 bulan lepas saya bukan seperti saya sekarang.saya dahulu lebih suka emosi.err sekarang ade juga emosi tapi sedang belajar untuk kurangkan.emosi tu perlu sekali sekala untuk trigger sensitiviti pasangan kita.tetibe.haha

apapun.saya doakan yang terbaik untuk kita semua di separuh masa kedua ini.semoga kita enam bulan mendatang lebih baik daripada kita sekarang.dan semoga apa yang kita impikan sekarang dapat dicapai enam bulan mendatang(walau mungkin tidak semua) inshaallah.kita merancang,Dia merancang.perancangan Dia yang terbaik.kita harus usaha.ayuh!

4 thoughts on “2nd half

  1. aku ingt satu! ko nak jumpe ladybird! hahahahah…smpi skrg kalo nmpk ladybird aku akan ingt ko..hahahhaa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.