saya suka makan udang.saya paling suka makan udang yang telah dikopek sepenuhnya.kalau saya ke restoren,kalau macam nak order sambal udang misalnya,saya akan pastikan udang tersebut telah siap berkopek.kalau tak,saya akan order apa2 yang tak ber’udang’.jadi,kalau saya masak apa2 masakan bermotifkan udang,saya akan kopek kesemua kulitnya supaya bila nak makan nanti senang dan comply dengan citarasa saya
tapi…
1. bila kulit2 udang ini dibuang dalam tong sampah kat dapur tu,bau dia mashaallah…satu rumah ‘semerbak’.maklumlah rumah kecik.walaupun dah letak dalam plastik dan bungkus dengan berlapis2 suratkhabar.tambahan pula tong-sampah-centre kat apartmen ni jauh nun di hujung dunia, maka kami hanya buang sampah sekali seminggu.tak larat weh hari2 nak pi buang kat ‘tong-sampah-centre’ tu.huuuu.so masak udang memang dikurangkan kerana faktor ini sobs
2. kulit tangan saya sangat sensitif dengan udang dan yang sewaktu dengannya (baca:makanan laut).kalau saya mengopek udang,konfirm lepas tu saya akan mula menggaru seperti tiada penghujung (like no end).
tapi…
untuk masalah no 1,
saya pernah dengar petua untuk hilangkan bau udang.sebelum buang sisa2 kulit udang dsbg, rebus sampai masak kmudian tapis dan barulah buang macam biasa.tapi saya tak pernah cuba.sebab malas beberapa minggu lepas tu (lamanye), saya dapat idea ini,
i. sesudah saya melenjan mengopek udang2 itu,kulit2 udang tersebut saya masukkan semula dalam plastik.jangan gunakan plastik yang sama.ambil plastik yang kering/baru supaya air udang drp plastik lama tidak menitik2.kang lantai dapur lak bau udang.adeh.itu u kena mop lantai la.i takde cara malas lain
ii. kemudian simpan di dalam peti sejuk (bhgn ais tuh.atau orang putih kata freezer)
iii. bila sampah nak dibuang ke tong-sampah-centre,katalah hari sabtu,barulah letak kulit udang (yang telah beku) td ke dalam plastik hitam bersama2 sampah lain dan di buang jauh2
iv. maka wangilah tidak busuklah dapur dan rumah saya dek kerana kulit udang2 yang hensem itu dan bolehlah saya memasak udang setiap hari nangesla hasben saya membaca ini
nota : oh tapi kalau anda takesah udang tak berkopek,masak je dengan misai2 segala.kan sonang.takyah ekau poning2 nak buang mano kulit2 eh
oh untuk masalah no 2,
saya atasi hanyalah dengan menyapu ubat Elomet.ubat yang sangat popular dikalangan ahli keluarga saya kerana kami semua memang diberikan kelebihan kulit mudah gatal ini.pertanyaan “elomet mana?” dan “ada sape2 nampak elomet” dan “sape last pakai elomet” adalah bentuk2 pertanyaan yang tidak dapat dipisahkan daripada keluarga kami.elomet ada jenis cream(cream-like,putih2) atau ointment(jernih2).rupa dia macam tiub ubat gigi saiz kecil.boleh didapati di farmasi2 seperti guardian.dan sekarang saya mempunyai elomet saya sendiri di rumah!hehe.ubat ni bagus sebab kalau disapu pada tempat2 gatal tu tak sampai seminggu boleh baik.tapi macam saya ni,seminggu sekali je baru teringat nak pakai makanya tah bila nak baik
oke dah offtopic.baik aku berenti
sekian.selamat mencuba!