ohohho
pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat…
“cantik sangat la baju laling ni.nanti ada orang ngorat isteri saya” – – – laling tu saya exagerate saje.ha ha
“okeh.lain kali saya tak pakai dah” sambil tersenyum.ikhlas
“eh bukan macam tu maksud saya”
pulak…
petang tadi semasa ambil wudhu’ utk zohor…
“kau ni aku tengok pakai tudung cam budak sekolah lagi.warna pun putih.dah kahwin ni pakai la lilit2 camni” – – – sambil menunjukkan tudung beliau yang dililit seperti trend2 terkini
“ala kak.saya ni takde keberanian la nak pakai camni.boleh je.tapi kerja saya ni pun kebanyakan kat site.mana nak lilit,pakai coverall ngan helmet segala” – – – saya memberi hujah
“kan sekarang dah kat pejabat.cubalah sekali sekala.haa tgk.baju cantik tp pakai kasut camni je?” – – – sambil menuding kepada kasut flat hitammultipurposesaya
pulak dah….
saya pun sudah konfius.memang dahulu masa sebelum ke site saya boleh la nak melawa ke ofis.lagi pulak masih bujang gitu.suka wat koleksi skirt dan blouse.lepastu mismatch kan.memang suka sangat.tapi sejak pulang dari bertapa di site selama setahun, tambahan semenjak kahwin ni,mood ‘melawa’ saya seakan2 berkurang.kalau ke ofis samada baju kurung atau seluar dan blouse yang diulang2 pakai.lepas tu muka pun kadang2 tak berbedak pun.hehe.memang macam tu ye lumrahnya?
tapi ada segelintir(eh,ramai jugak sebenarnya) rakan-rakan saya yang lepas kahwin makin pandai bergaya.bagus,kan?huhu.terbalik dengan saya ni.hik2.takpelah.terpulang la pada masing2.macam budak sekolah pun macam budak sekolah lah.yang penting,kita menjaga maruah suami.oh,dan kita sentiasa kelihatan comel & jelita di mata suami kita….;p *okay boleh muntah sekarang*