seringkali kita perkatakan tentang rezeki…
“rezeki masing2…”
“rezeki tu datang pelbagai bentuk.kadang2 musibah juga rezeki kerana itu adalah pintu untuk kita peroleh ganjaran pahala”
“murah rezeki dia..”
dan seterusnya.
tapi yang paling best saya pernah dengar tentang rezeki adalah rezeki bererti 3 perkara di bawah ;
pakai dan buruk
kita beli sesuatu,kita pakai sampai benda tu buruk.buruk dalam erti kata kita gunakan dengan sungguh2/selalu.kalau kita beli,pakai sekali dan simpan,itu bukanlah rezeki
makan dan telan
kita makan dan makanan tu sampai ke perut.kata lah kita makan dan separuh jalan terkeluar balik (ie muntah) maka makanan tu bukanlah rezeki kita
dapat dan sedekah
bunyi mcm straight fwd kan.tp kata teman saya tu,rezeki bukan apa yang kita ada.tapi apa yang kita beri/sedekah.sebab yang kita beri tu yang akan beranak pinak pahalanya.yang kita simpan,kalau kelak kita bertemu ajal,akan tersimpan saja lah.takda apa2 manfaat pun.itu yang dikatakan rumah kereta tanah bukan leh bawak masuk kubur hehe
(ingat lagi.elok saya dengar pasal teori kat atas ni,balik rumah terus saya cerita kat mak dan adik2 saya.saya rasa teori tersebut ada betulnya.hehe.kira macam terkena batang hidung sendiri bila beli baju ke ape ke pakai sekali je pastu perap dlm almari.huuuu)
————————–
tentang yang nombor 3, saya pernah terbaca nota yang pernah saya tulis ketika menghadiri ceramah pengurusan kewangan suatu ketika dulu.antara isi2 yang saya ingat,
a. simpan sekurang2nya 10% daripada pendapatan tiap2 bulan
b. asingkan 10% daripada pendapatan untuk ibubapa (dalam nota saya kata : terutama untuk ibu)
c. peruntukkan sekurang2nya 10% untuk bersedekah ie tak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun.zakat pendapatan mungkin salah satu daripadanya 🙂
jika a,b dan c kat atas ni diamalkan,inshaAllah kita takkan merasa tidak cukup tiap bulan.inshaallah kita takkan merasa miskin.jom sama2 cuba.well kata orang,periuk besar kerak pun besar,takpelah.perlahan2.tak sikit,banyak.tak banyak,sikit….ye tak?
peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya ;p
wallahua’lam