tentang mak tersayang

happy mothers day to all mommies in the whole wide world!u guys rawk!

dscf2119

dan khusus untuk mak tersayang,
i love u so much.thanks for always be there
i want to be just like you,the devoted wife,the loving mother inshaallah
now that i’m a wife myself, mak’s patience and sacrifices really thought me a lot
u are an example by simply being u

mak melahirkan kami semua 11 beradik dalam keadaan normal.takde yang operate.tough kan?

kaklang masih ingat masa kecik2,kaklang kuat nangis.sampai masuk sekolah rendah pun suka nangis.kena ejek sikit,nangis.kena marah,nangis.masa kat matrik pun,bila mak n abah dah nak balik dr hantar kaklang,konfirm kaklang nangis.masa 1st year kat um,kaklang telefon mak sebab takut takleh cope dgn engineering.nangis jugak.masa nikah nangis lagi.eh kata td kecik2 je.tapi mak tak pernah sikit pun tunjuk rasa penat melayan kaklang yang semua kata ‘benyek’ ni…

kaklang dulu kuat merajuk.mak tegur sikit,kaklang tarik muka.masa tu kaklang tak terfikir pengorbanan mak.kaklang rasa kaklang je betul.tapi last2 mak jugak pujuk kaklang balik…

mak selalu masakkan fav food kitorang 11 beradik.pernah sekali tu,mak masak kari daging untuk makan malam.pastu kaklang cakap,“waa kalau esok sarapan roti canai best ni”.elok lepas makan malam,mak uli tepung.“mak nak buat ape tu”.mak ckp,“roti canai”.sebak rasa masa tu.mak memang the best dan selalu buat anak2 dia hepi.kalau kami ada jamuan kat sekolah atau nak bawak bekal makanan sedap2,esok paginya mak mesti bangun awal semata2 untuk sediakan apa jua permintaan kitorang.masa kecil2 memang take for granted.bila dah faham,rasa macam kenapalah selalu susahkan mak…

mak sentiasa sabar ngan kitorang.salah satu sifat mak yang kaklang susah nak tiru adalah mak lambat marah tapi mak cepat kool.walau apepun karenah kitorang – – – malas buat kerja,malas wat macam2, mak lambat marah.leter tu mmg ada.tp kejap je mak akan kool.mak jarang marah2 depan rezeki/kat meja makan.tak berkat.memang membesarkan 11 orang anak yang pelbagai ragam bukan sesuatu yang mudah.tapi mak sentiasa tabah…

mak ni rajin dan bijak.lepas dapat ijazah,mak tak bekerja.mak jadi surirumah sepenuh masa.lepas adik yang paling kecil umur 3tahun,yakni selepas dekat 20tahun grad,baru mak mula bekerja sebagai tutor separuh masa di universiti.subjek kalkulus lak tu.masa tu pun saya tengah belajar subjek lebih kurang.mak ada tanya2 buku ape saya pakai untuk rujukan dsbg.bila tgk mak buat marking paper etc,saya nampak passion mak dalam kerja mak.tapi sebab membesarkan kami 11 beradik, mak sanggup korbankan segala passion itu.ternyata penantian mak selama 20 tahun mendatangkan hasil.saya gembira lihat mak dapat buat sesuatu yang mak suka dan dapat rasa income sendiri…

disebabkan sikap mak yang comel dan kiut,kami selalu mengusik mak.tapi mak tak pernah berkecil hati.malah mak senyum lagi adalah.peristiwa yang menjadi bahan usikan sehingga kini adalah kisah selipar di kanchong,terapung di terengganu dan gulai otak monyet.biarlah kisah2 ini menjadi rahsia antara kami sekeluarga demi kemaslahatan semua.ha ha.apepun mak memang yang paling comelll…

kalau nak disenaraikan,memang takkan habis entri ni.26 tahun mak membesarkan saya.terlalu banyak kisah pahit manis bersama mak.kesimpulannya,mak saya seorang yang tabah.bagi mak,keluarga adalah yang pertama,lain2 no 2,3,4…kaklang sayang mak selalu..semoga mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan cepat2 naik haji.amiiinnn

p/s : kaklang = gelaran saya di rumah.harap maklum

p/p/s : lagi tentang mak saya klik sini atau sini