hair treatment,anyone?

sebetulnya setahun jugak la saya mencari2 kedai rambut utk wanita bertudung.yang tertutup.so saya sebagai google queen(gelaran yang diberi oleh rakan saya) maka terjumpa la tempat ni..dan baru hari ni berkesempatan nak memanjakan diri sendiri.hik2.kepada mereka yang sewaktu dengan saya, yakni mencari salon tertutup utk hair treatment,steaming,potong rambut ke blow ke…saya mengesyorkan..

dsc05744

nama : arabic beauty house
lokasi : no 5,tingkat 1, jln tengku ampuan zabedah,E9/E,sek 9 shah alam (sebelah secret recipe,sederet dengan Mcdonalds). ada juga cawangan di jln sultan ismail,kl 🙂
rawatan yg sy pilih : hair steaming
produk yg digunakan : mustika ratu
harga : dari rm40 ke atas (bergantung pada ketebalan dan panjang rambut)
durasi : 1 jam setengah
lain-lain rawatan : inai rambut,rawatan kelemumur,facial,spa,urut,body whitening dsbg
komen : saya suka!selain privasi(perempuan sahaja),pekerja nya pun friendly.lepas ni nak cuba rawatan creambath pulak.sama macam steaming tp mahal sikit sebab ada urut lengan tengkuk bahu dan rawatan kelemumur, bak kata sales assisstant.tapi hair treatment ni tak boleh terlalu kerap kerana khuatir rambut rosak pula.kalau sebulan sekali oke la.ada bajet lebih sikit,2 mggu sekali 😉

tak salah kan menjaga rambut walaupun bertudung ;p