ok.mari kita mulakan cerita tentang P.A.R.I.S!! 🙂
sambungan daripada entri sebelum ini,kami bertolak dari bahrain pd jam 2pg waktu bahrain.perjalanan mengambil masa selama 7 jam lebih.kalau difikirkan,penerbangan yang lama memang tidak menarik.tambahan pula hanya berpuas hati dengan kelas ekonomi yg tempat duduknya agak kurang selesa dan sempit.tapi itu semua tidak penting.keseronokan kami mengatasi segalanya.adalah beberapa kali we went like, “omg,we’re going to paris!”.hehe.gedik,i know.
kami mendarat lebih kurang jam 7.40pagi 25 Jan, waktu paris.disebabkan sekarang ni musim winter,maka mentari belum muncul dan tak dapatlah menengok first glimpse of paris from the airplane.sebab ketika tu memang masih gelap.untuk pengetahuan,matahari terbit kurang lebih jam 8.30pagi 🙂 sesampai di lapangan terbang antarabangsa charles de gaulle(atau lebih dikenali dengan CDG), kami pun mengikut langkah penumpang yang lain,ke arah kaunter imigresen.dan yeah!berjaya dapat kan stampchop yang menandakan kami pernah sampai di paris!(gedik lagi.sila jgn muntah).TAPII…..stamp2 nye kurang jelas.maka kami bercadang untuk memekatkan sendiri dengan ballpen berwarna hitam setibanya di hostel nanti.ok,sudah mengarut.ekceli,ada bercadang untuk buat demikian tapi kami belum tak buat.hehehe.oh,kami sering mendengar mitos tentang kesombongan masyarakat perancis dsbg.tapi impresi pertama kami dengan layanan polisi imigresen — ok jeh derang ni.coolness.idak sumbung pun:)
kemudian kami pergi ke tuntutan bagasi.dan menunggu beg sambil berfoto2an.syukur semua beg selamat sampai dalam kondisi yang sama seperti check in.maklumlah.jauhkan perjalanan beg2 ni.huhuhu.lantas kami keluarkan winter coats,gloves dan semua yang patut untuk menghadapi cuaca yang pasti sejuk itu.kami sudah menggoogle dan cuaca ketika itu kurang lebih 4degC dan boleh mencecah bawah paras beku.
agak berdebar kerana kami bukanlah seperti pelajar lulusan luar negara yang biasa bersiar2 di negara orang.tambahan pula di negara yang english bukan lingua franca nye.maka kami tidak mempunyai ekspektasi yang spesifik.kalau ada pun,cuma hasil daripada input mereka yang pernah melawat ke sini atau hasil bacaan di internet.selain daripada itu,mmg kami redah ajer.hehehe
maka nak dijadikan cerita,kami menaiki shuttle untuk ke terminal yang ada disediakan train (seperti klia ekspress) ke pusat bandar paris.sesampai di terminal tersebut,kami tidak berfikir panjang.terus menerus bertanya mengenai tiket pas harian metro,harga tiket perjalanan 2 hala ke disneyland, dan sebagainya.sudahnya,orang kat kaunter pun pening dengan pertanyaan kami dan kami juga pening dengan pertanyaan kami sendiri.maka,kami bercadang membeli satu tiket dahulu ke pusat bandar paris dan membeli tiket selebihnya di sana.perbincangan tentang tiket2 yang bakal dibeli di buat semasa di dalam tren.harga tiket daripada CDG ke pusat bandar paris, Gare du Nord adalah EUR8.40/kepala.
perjalanan ke Gare du Nord mengambil masa kurang lebih 30minit.sangat lawak kerana kami kurang fasih sistem platform nya dan bayangkan kami mengheret luggage ke sana ke mari.haha.nasib takda ramai orang ketika itu.kalau tak,boleh buat free show kanak2-riang-yang-tiada-halatuju-beserta-muka-ketat.pemandangan sepanjang perjalanan amatlah breathtaking dan mengujakan.barulah tau camane rupa winter di negara orang.erk negara sendiri mane ade winter.wakaka.oh kemudian lagi satu kejadian lawak adalah kami terlepas stesen!tidak,bukan salah kami.salahkan nama stesen yang sepatutnya Gare du Nord tetapi di stesen tertera nama Paris Nord!how laa tak tally.itu adalah kesilapan paris yang pertama.boleh takk ;p so kami ke depan satu stesen dan berpatah balik dan kemudian turun dengan jayanye.agak melucukan bile difikirkan balik.tapi waktu tu tidak lucu ok.semua mcm dah ala2 stres sebab permulaan backpacking(kunun) yang janggal.hahah.
oh,kami berjaya mendapatkan tiket2 berikut di kaunter tiket Gare du Nord;
1. pas harian metro/RER utk 25 jan(zon 1 dan 2)
2. pas harian metro/RER utk 26 jan (zon 1 dan 2)
3. pas 2 hala ke disneyland utk 27 jan (hingga zon 5)
alhamdulillah.pekerja di kaunter tu amat mesra alam dan mesra pengguna.kami terus suka dengan layanan orang paris walaupun tu baru layanan yang pertama.tahpape je haha total harga tiket adalah EUR 22.40/kepala.metro tu umpama lrt(stesen dekat2) dan RER tu umpama komuter(stesen makin jauh ke luar dr bandar).zon pulak dikategorikan mengikut jarak dengan centre paris.makin kecil nombor,makin dekat dengan centre paris.so disneyland tu kira paling hujung kerana zon ada 1 hingga 5.disneyland di zon 5:)
maka kami pun mulakan perjalanan ke hostel yang telah kami book,Le Village hostel yang terletak di montmarte, berdekatan dengan stesen anvers 🙂 kami tiba seawal jam 10pg(awal ke?) malangnya paling awal kami boleh cek in adalah pada jam 4pm!kesedihan,kami pun merayu tuan hostel untuk memberi kami satu bilik untuk kami mandi dan bersiap kerana kami sudah 2 hari tidak mandi.pastu takkan nak pakai baju+tudung yang sama macam kat bahrain kan.tak feel.hahaha.oh,tuan hostel sangat bermurah hati utk meminjamkan satu bilik mandi untuk kegunaan kami.maka kami pun bergilir bersiap.the rest are all history ;p
hanya jam 1130am kami sudah merasa segar dan wangi dan luggage2 ditinggalkan di luggage room Le Village.bersedia untuk berjumpa paris!sehingga lain waktu,daaaa~
gaya penceritaan ini boleh menjadikan kesah europe sehingga part 500.nasibla.wahaha