sedar tak sedar, esok genap sebulan saya di bintulu.alhamdulillah,dapat pulang 2 kali untuk cuti akhir tahun 2008 dan kenduri kahwin puan amirah(wah!congrats dear:))..
banyak kisah pahit dan pahit disini.erk,pahit tersebut 2 kali.hik2.tapi syukur,sudah tiba ke penghujung.segala yang pahit-pahit itu berakhir dengan senyuman saya yang ke telinga apabila semua panel di uji dengan jayanya!syukur alhamdulillah.sememangnya pengalaman disini mematangkan saya.saya belajar untuk mengawal stress yang tidak terjangkau hebatnya.sungguh!
sebagai penenang hati,saya cuba sedaya mungkin untuk memujuk hati saya.seteruk2 stress saya disini, tak seteruk mana jika dibandingkan mereka yang diuji di Gaza (nauzubillah).tak sehiba mereka yang kehilangan keluarga dan sanak saudara kerana kezaliman ISRAEL LAKNATULLAH.tak sehebat mereka yang dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi.sekurang2nya saya masih mempunyai sumber pendapatan (alhamdulillah) dan masih di dalam negara yang tidak diserang pengganas dunia.syukur sangat.apalah sangat stress kerja itu.huhu.
wah.jauh menyimpang pula entri kali ini.saya cuma nak tunjuk gambar-gambar yang saya ambil disini.buat2lah faham dan tumpang gembira ye ;p
syukur semua berjalan lancar dan selesai mengikut jadual yang ditetapkan.tinggal lagi mahu minta cuti dari tuan boss.berdebar sungguh.inshaallah semua berjalan lancar
esok…selesai
lusa…pulang
doakan jua kelancaran untuk seminggu selepas ‘lusa’ ini ye.sangat teruja.tapi takot.huhu.tapi teruja.tapi—- haih semoga dipermudahkan semuanya.amiiin 🙂
takpe..berbaloi stress yg mana selepas itu kamu ke situ..hehe..
begitulah harapnya…hehe..