begini jadual saya disini saban hari
0545 : bangun pagi dan mandi
0615 : subuh dan bersiap
0630 : teksi sudah menunggu di lobi, bertolak ke plant
0650 : tiba di plant
0655 : sambar waja milik ofis dan pergi ke bangunan Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT)
0700 : tunggu kontraktor untuk minta permit
0715 : kontraktor baru sampai
0730 : berkejar-kejar mendapatkan tandatangan untuk permit
0800 : mesyuarat pagi di BCOT
0915 : mesyuarat pagi tamat
0930 : pulang ke Bintulu Onshore Coordination Centre
1000 : melihat-lihat kerja kontraktor dan kadang-kadang ke warehouse melihat barang yang diperlukan untuk projek diangkat oleh kontraktor
1230 : zuhur (kontraktor pun pi makan tengahari)
1400 : kerja bersambung
1900 : teksi menunggu di pagar
1930 : tapau nasi lalapan dan air kacang soya makanan ruji
2000 : tiba di bilik hotel dan mandi walaupun kadang2 malas nak mandi
2030 : isya’ dan makan dan lepak atas katil
2200 : konfirm dah tertido
begitulah.memang tak sempat nak buat apa2.kalau nak dibandingkan,kerja disini lebih stresfull berbanding semasa di pasir gudang.tapi kugagahkan jua demi menyiapkan projek kerna barulah mudah proses memujuk bos untuk mengambil cuti akhir bulan ni.LOL.doakan saya ye.
namun saya amat bertuah kerana
1. saya ditemukan dengan pemandu teksi wanita.jadi tak perlu risau untuk pulang malam.dulu ingat nak sewa kereta.tapi fikir2 balik,bahaya kalau pulang malam seorang.He knows best.
2. bila tiap hari jadual padat,kurang rasa rindu pada athif dan faqeh.walaupun video faqeh ketawa dalam henfon tu diulang mau dkt 10 kali sehari.hey,kira ok lah tu
3. pekerja di BCOT sangat baik hati semuanya.rasa macam satu keluarga.tapi pekerja2 lagi satu syarikat minyak ni sangat sombong dan menyakitkan hati.susah betul nak sign permit sobs
4. sini ade nasi lalapan.kira versi ayam penyet di sarawak.oh nanti saya buat entri khas mengenai ini ye ehehe
5. wifi di hotel ni kerap down.maka takdelah tempting sangat nak online.hik2
saya sudah tak sabar nak menamatkan projek di bintulu ni.semoga dipermudahkan segalanya.amiin