saya sebenarnya dah lama nak buat entri ni.like since a year back kot hehe
1. nasi timbel lengkap
pertama kali rasa masa berpeluang ke bandung pada tahun 2005.lepas rasa tu,tiap restoran saya pergi kat sana saya akan pesan hidangan ni.presentasi nya menarik dan rasa nye walllah!sebijik macam gambar di atas.hehe.nasi timbel ni terdiri daripada nasi,tempe dan tahu goreng,ayam goreng dan sayur asam.saya tak berapa gemar sayur asam ni.tapi overall makanan ni memang superb.boleh ditemui di restoran sekitar bandung,kalau anda ingin mencuba hehe
2. ayam penyet/pecel lele
hidangan masa kenduri mawi di felda taib andak.pertama kali rasa awal tahun 2008.hidangan ni memang top in the list masa saya di johor.kat jb atau pasir gudang memang senang nak jumpa restoran yang menjual ayam penyet/pecel lele.pecel lele ni kira ayam penyet versi ikan keli.terdiri dari nasi,ayam yang diperap kemudian digoreng dan kemudian diketuk,sambal yang sedap+pedas gile,ulam2an,tempe+tahu goreng serta sup.dalam seminggu sekurang2nya sekali mesti makan ayam penyet.feveret saya dan teman2 adalah di zona ayam penyet.restorannya bertentangan dengan pelangi mall JB, tingkat atas kedai mamak.ada lagi satu cawangan zona ayam penyet iaitu berdekatan dengan jusco tebrau dan daiman bowling centre.kalau dulu restoran kat depan pelangi tutup, kami sanggup redah jem untuk ke tebrau semata2 nak menikmati ayam penyet tersebut.hehe.kira purata 2 pinggan sekali makan.ehem.kisah speselnya,tauke kedai ni dah hafal muka kami dan selalu kami dibelanja oleh beliau.kira pembakar semangat untuk kami datang dan datang lagi…haha!amazingly,saya tak pernah sempat ambil gambar zona ayam penyet kerana belum sempat nak snap dah habis.begitulah penangan ayam penyet bagi saya ;p
3. nasi lalapan
makanan ni diperkenalkan oleh kak ila,di miri.restoran berdekatan dengan mega hotel.nasi lalapan ni sebijik macam ayam penyet.cuma lalapan ni boleh pilih nak daging,ikan selain ayam sebagai lauk utama.lain2 adalah ulam2an,sambal dan sup.kalau di bintulu pula ada 2 kedai yang saya tau menjual nasi lalapan.di kafeteria aliiya (berdekatan dengan park city mall) dan juga di restoran selera kampung(berdekatan dengan pasaraya farley).nak dijadikan cerita, tiap malam sebelum pulang ke hotel, saya akan singgah tapau nasi lalapan di kafeteria aliiya.sampai ke suatu hari,saya sampai2,sorang pembantu restoran terus tanya “lalapan ayam dan air soya bungkus?”.regular customer katanya hik2
sebenarnya yang membuatkan ketiga2 makanan ini istimewa adalah kerana sambalnya.memang memainkan peranan penting.sampai tak tidur malam dibuatnya.over oke entri ni.exaggerate habes.elokla berhenti menaip sebelum menjadi lebih parah.
sekian