saya baru sampai di sini….
dan inshaallah untuk sebulan seterusnya(maksimum ok) saya akan menetap disini.ini semua atas tuntutan kerja.kalau boleh memang tak nak travel sini sana.secara jujurnya meletihkan.sangat.tapi kata orang amanah.maka saya perlu berfikiran positif.
tugasan kali ini berbeza berbanding semasa di pasir gudang.berada di negeri borneo seorang diri sememangnya bukan sesuatu yang menyeronokkan.perasaan dari pagi tadi sehingga detik ini terasa amat familiar.fikir2, baru teringat.dejavu tu datang kerana perasaan sedih ini sama seperti hampir 9 tahun lepas, ketika saya diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka.
kenapa sedih lain macam?
1. saya seorang diri di tempat asing, tiada rakan yang dikenali
2. saya tak tahu expectation di suasana baru ini
3. berjauhan dari keluarga
4. makin kronik sebab sangat sukar utk mendapatkan penerbangan pergi balik bintulu-kl.kalau di johor dulu,sekurang2nya ada bas atau penerbangan murah airasia.dahulu di melaka,sukar utk pulang kerana faktor seakan tinggal di asrama
5. saya perlu belajar berdikari
6. perlu tukar mind clock kerana di sini kerja 7 to 4.oh mungkin juga 7 to 7 huhuhu
ini akan menjadi sebulan yang mencabar.menyesuaikan diri di tempat orang dan dalam masa yang sama tekanan kerja dengan encik2 kontraktor.oh, dan kali ini juga saya berpeluang bekerja dalam suasana plant.plant adalah tempat pemprosesan minyak dan gas untuk dieksport ke luar negara.sebenarnya haku taktau ape term melayu nye.mungkin saya boleh pelajari ilmu baru inshaallah..
apepun,ini sebahagian daripada kehidupan seorang pekerja.mungkin ini sahaja peluang yang ada untuk saya seumur hidup ni.maka silalah doakan kesejahteraan saya di sini ya.
terima kasih rakan-rakan…
p/s : wi-fi adalah sangat mustahak untuk kesejahteraan diri ini.oh,lupa.wi-fi yang percuma ya.penting tu ;p
ala bintulu je pun.kecoh macam kerja kat sudan hahah
cantiknyer hotel baru ko..tp sure takleh mengubat rindu nak balik kl.hikhik..dok um pun kena 2 minggu skali balik umah..good luck la di tempat baru..
tahla mira.rs xberapa best la kat sini.tp xpela.kjap je pun.live life!hehe
sbr2…tp aku pon akan rase ‘perasaan’ itu kalo outstation or sorg2 dlm hotel room..huhu..
plant=tumbuhan..
hahaha..