masih ingat entri ini?
tak terasa masa berlalu.sungguh!
saya sedang menghabiskan malam terakhir saya di gelombang biru.ya,terakhir.setelah hampir 10 bulan menginap di sini.minggu hadapan dan hari seterusnya saya akan kembali di pejabat klcc.oh,melainkan saya perlu menghadirkan diri ke tempat-tempat lain atas urusan kerja.mungkin ke pasir gudang kembali atas urusan dokumen dan barang-barang modifikasi platform yang perlu dishipkan.itu pun tinggal berbaki beberapa hari lagi.dan bulan hadapan,selesai!alhamdulillah….
kenapa malam terakhir?
walaupun saya masih perlu menghadirkan diri ke pejabat kontraktor on-off basis untuk urusan yang belum selesai, saya mahu mencuba tempat tinggal lain…
pernah dengar dorsett?ya,mari kita kaji kelebihan dorsett berbanding gelombang biru (GB)…
1. cuma 15 minit perjalanan ke pasir gudang.GB lebih kurang 40minit
2. ada flat screen TV 32″ (saya bagi 4 bintang!)
3. ada wifi (saya bagi 5 bintang!!)
4. baru dibuka pada 27 julai 2008, maka bilik2nya masih baru ;p
5. 10 minit ke tesco extra plentong
6. ada perkhidmatan shuttle
apa-apa saje lah…promo untuk rakan2 yang mungkin akan bercuti di johor atau pun atas urusan kerja.bolehlah mencuba.hehe…
lagipun tinggal tak sampai sebulan pun untuk saya benar2 ucap,
“goodbye johor..till next project~ oh and thanks for the memories…”
*sobs*